[VIDEO] Bangunan Seni Kayu Warisan Terengganu musnah terbakar 100 peratus


  • 112
  • Selasa, 27 Jun 2023

Premis milik Nor Atikah Songket musnah dalam kebakaran di Kampung Paloh. — Ihsan Bomba

BANGUNAN Seni Kayu Warisan milik Nor Atikah Songket yang menempatkan koleksi songket, busana dan ukiran kayu musnah dalam kebakaran di Kampung Paloh, Kuala Terengganu, Terengganu pada Isnin.

Dalam kejadian yang berlaku pada pukul 10 malam itu, kebakaran turut memusnahkan kereta MG Rover milik pengusahanya, Burhan Ashari, 68, dan tiga motosikal pekerja ahli perniagaan tersebut yang menetap di premis terbabit.

Menurut Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat Kuala Terengganu, Rozizah Abni Hajar, pihaknya menerima maklumat tentang kebakaran itu pada 10.42 malam (Isnin).

“Seramai 36 anggota bomba dari empat balai berhampiran bergegas ke lokasi kejadian untuk memadamkan kebakaran.

“Api kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya kira-kira sejam kemudian namun struktur premis kayu itu musnah 100 peratus,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah Roziah, punca dan jumlah kerugian akibat kebakaran tersebut masih dalam siasatan. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram