[VIDEO] Padah tunggang lawan arus, motosikal melambung tinggi rempuh kereta di Bandar Seri Jempol


  • Tular
  • Ahad, 18 Jun 2023

Tangkap layar rakaman tular kemalangan ngeri di Jalan Felda Lui Selatan pada Ahad. — Facebook

PENDUDUK di Bandar Seri Jempol, Negeri Sembilan dikejutkan dengan kemalangan ngeri membabitkan sebuah motosikal dan kereta di Jalan Felda Lui Selatan.

Difahamkan, kemalangan itu berlaku kira-kira pukul 5.17 petang, Ahad.

Insiden kemalangan tersebut dipercayai dapat dirakam kamera papan pemuka (dashcam) sebelum tular di media sosial.

Berdasarkan perkongsian laman Facebook Info Kemalangan & Bencana Malaysia, penunggang motosikal terbabit dilihat membawa motosikal secara melawan arus.

Mangsa kemudian bertembung dengan sebuah kenderaan jenis Perodua Viva sebelum melambung ke udara.

Perkongsian foto-foto menunjukkan motosikal itu bersepai di atas jalan manakala kereta tersebut pula terbabas masuk ke dalam semak.

Tiada maklumat lanjut diperoleh mengenai keadaan mangsa yang terlibat.

Setakat berita ditulis, belum ada sebarang kenyataan daripada pihak berkuasa. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram