[VIDEO] Polis cari empat lelaki tak ada kerja baling batu, kayu di lebuh raya


  • 112
  • Rabu, 14 Jun 2023

Tangkap layar video keadaan cermin depan sebuah lori yang pecah terkena batu dan kayu yang dibaling di Lebuhraya Senawang-Seremban.

POLIS sedang mengesan empat lelaki yang disyaki membaling kayu dan batu ke arah kenderaan yang melalui Lebuhraya Senawang-Seremban di kilometer 253.3, Seremban, Negeri Sembilan, Isnin lepas.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, ia susulan laporan polis dibuat seorang pemandu lori berusia 32 tahun yang menyatakan cermin hadapan lori miliknya dibaling objek berkenaan semasa melalui lebuh raya tersebut.

"Suspek dipercayai empat orang lelaki melarikan diri ke arah semak berdekatan lebuh raya berkenaan.

"Pengadu mengalami kerugian lebih kurang RM1,000 akibat kejadian itu, bagaimanapun siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Menurutnya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian diminta tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Pegawai Penyiasat Sarjan Parthiban, di talian 019-6513114 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban (IPD) Seremban 06-6033222.

Terdahulu, tular satu video berdurasi 52 saat tular di media sosial memaparkan keadaan sebuah lori yang mengalami kerosakan di bahagian cermin depan. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram