Tekap muka sebelum hempas bayi, polis Iskandar Puteri terima laporan libatkan pengasuh taska


  • 112
  • Isnin, 15 Mei 2023

Tangkap layar video tular memaparkan perbuatan wanita tersebut yang dilihat bertindak mendera bayi yang dipercayai dijaganya di Mutiara Rini, Iskandar Puteri, Johor.

POLIS Daerah Iskandar Puteri mengesahkan menerima laporan berhubung kes dera membabitkan seorang wanita dan bayi dipercayai berlaku di sebuah taska di Mutiara Rini, Iskandar Puteri, Johor seperti tular dalam satu video pada Isnin.

Jurucakap polis daerah itu berkata, laporan berhubung insiden tersebut dibuat pada petang Isnin dan kes berkenaan masih dalam siasatan.

Difahamkan, Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin akan membuat sidang media berhubung kejadian terbabit dalam masa terdekat.

Majoriti pada Isnin melaporkan mengenai satu klip tular yang memaparkan kelakuan 'kasar' seorang wanita terhadap seorang bayi.

Menerusi video berkenaan, wanita dipercayai pengasuh itu dilihat berulang kali meniup hidung bayi berkenaan yang sedang tidur nyenyak sekali gus menyebabkan bayi tersebut bangun dan menangis.

Pada masa, video berdurasi kurang seminit itu juga jelas memaparkan tindakan pengasuh berkenaan menekap buka dan menghempas bayi berkenaan ke tilam.

Lebih mengejutkan, wanita berkenaan langsung tidak mempedulikan tangisan bayi tersebut yang kedengaran seperi dalam kesakitan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram