MENJADI tradisi, aktiviti kunjung-mengunjung sempena Aidilfiti sememangnya tidak dapat dipisahkan.
Bagi meraikan Syawal tahun ini, Ahli Parlimen Bagan yang juga Pengerusi Kebangsaan DAP, Lim Guang Eng turut menjadikan aktiviti itu sebagai amalan wajib buat dirinya dan keluarga.
Berkunjung ke rumah Menteri Pertanian dan Keselamatan Makanan, Mohamad Sabu atau lebih mesra disapa Mat Sabu dan menikmati air tangan Presiden Amanah itu merupakan ikatan ukuwah yang dijalinkan sejak sekian lama.
“Setiap tahun jugalah saya akan berkunjung kampung beliau (Mat Sabu) untuk meraikan hari lebaran ini bersama ahli keluarga.
“Beliau sendiri masak daging bersama isterinya. Masakan Menteri memang tiada tandingan. Memang best!,” puji Guan Eng menerusi hantaran di Facebooknya.
Rata-rata pengikut meluahkan rasa terharu mereka dengan perkongsian tersebut dan berharap keharmornian itu kekal sampai bila-bila.
Ada juga individu yang sempat memuji sifat murni Mat Sabu menyantuni tetamu dengan ikhlas walaupun berbeza kaum dan agama.
“Ini sikap manusia yang dijanjikan ALLAH SWT syurga. Terbaik YB,” puji seorang pengguna media sosial yang terharu dengan keikhlasan Mat Sabu.
Ini contoh yang baik wujud kesefahaman antara pelbagai bangsa di Malaysia.” Kongsi pengguna lain. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram