Ancaman bunuh terhadap pengarah, pelakon Mentega Terbang perbuatan jenayah, keterlaluan — Fahmi


  • Primer
  • Khamis, 16 Mac 2023

Keadaan kereta yang disimbah dengan cat dan asid serta beberapa keping kertas ancaman bunuh dipercayai diterima oleh pelakon dan pengarah Mentega Terbang. — Twitter/HadiAzmi

PERBUATAN memberikan ancaman bunuh kepada pengarah dan pelakon filem kontroversi, Mentega Terbang adalah satu tindakan keterlaluan dan bertentangan dengan undang-undang negara, kata Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.

"Saya kecam sekeras-kerasnya ugutan-ugutan ini serta sebarang tindakan di luar batas undang-undang.

"Rakyat Malaysia mesti patuh undang-undang, jangan ambil tindakan yang boleh merosakkan harta benda, mengancam nyawa.

"Patuhi undang-undang, jangan mengambil tindakan sendiri," katanya menerusi ciapan di Twitternya pada Khamis.

Dalam ciapan tersebut, beliau turut berkongsikan beberapa keping gambar kereta disimbah dengan cat dan asid, di samping surat ancaman bunuh yang dipercayai diterima oleh pengarah dan pelakon filem berkenaan.

WhatsApp Image 2023-03-16 at 5.17.08 PM

Keadaan kereta yang disimbah dengan cat dan asid dipercayai diterima oleh pelakon dan pengarah Mentega Terbang. — Twitter/HadiAzmi

Mentega Terbang mencetuskan kontroversi selepas tular sedutan babak dalam filem tersebut yang memaparkan isu dikatakan menyentuh sensitiviti penganut agama di Malaysia.

Dalam filem tersebut, watak bernama Aisyah tanpa berselindung meminta untuk memakan daging babi daripada rakannya sementara bapanya pula membenarkan Aisyah keluar daripada Islam bagi memeluk agama lain.

Sedutan babak itu tular di media sosial dan mengundang kemarahan netizen yang mempersoalkan bagaimana filem yang sudah disiarkan sejak 2021 itu dibenarkan untuk tontonan umum.

Communications and Digital Minister Fahmi Fadzil.

Fahmi berkata, tindakan memberikan ancaman bunuh kepada pengarah dan pelakon filem Mentega Terbang adalah perbuatan yang keterlaluan dan bertentangan dengan undang-undang negara.

Susulan daripada itu, Fahmi pada 5 Mac lalu memaklumkan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan mengambil tindakan terhadap produksi filem tersebut.

Saluran penstriman dalam talian yang menayangkan filem berkenaan juga sudah mengeluarkan Mentega Terbang daripada salurannya pada 27 Februari lalu.

Pada masa sama, Polis dilaporkan sudah merekodkan keterangan pengarah dan salah seorang pelakon filem itu pada 10 Mac lalu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram