Pengumuman menyusul, badan penasihat khas fokus tambah baik ekonomi negara — Anwar


  • Primer
  • Rabu, 08 Feb 2023

Anwar mengumumkan pelantikan Hassan sebagai ketua badan penasihat khas kepada Menteri Kewangan.

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengadakan perbincangan dengan Badan Penasihat Khas kepada Menteri Kewangan berhubung tindakan ekonomi negara.

Badan berkenaan yang baru ditubuhkan ditugaskan untuk mencadangkan tindakan yang boleh meningkatkan lagi kedudukan ekonomi dan kewangan negara, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim

Perdana Menteri berkata, beliau sudah mengadakan pertemuan dengan ketua badan penasihat khas Tan Sri Mohd Hassan Marican mengenai perkara itu semasa mesyuarat pada Selasa.

“Saya membangkitkan perkara itu dengan beliau (Hassan) mengenai tindakan yang boleh diambil dan kami akan buat pengumuman nanti,” kata Anwar selepas menghadiri perhimpunan bulanan Kementerian Kewangan pada Rabu.

Pada Selasa, Perdana Menteri mengumumkan pelantikan Hassan, yang merupakan bekas presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Petronas sebagai ketua badan penasihat khas kepada Menteri Kewangan.

Selain Hassan, empat lagi anggota badan penasihat khas itu ialah Pengerusi Eksekutif FVSB Sdn Bhd, Datuk Ahmad Fuad Md Ali; Profesor Ekonomi Universiti Sunway, Prof Dr Yeah Kim Leng; Profesor Ekonomi Universiti Malaya, Datuk Prof Ulung Dr Rajah Rasiah dan Pengerusi Sarawak Energy Berhad, Datuk Amar Abdul Hamed Sepawi.

Anggota badan penasihat khas tidak akan menerima sebarang bentuk bayaran daripada kerajaan. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram