Perselisihan faham punca isteri pertama jurulatih bola, madu bergaduh di Shah Alam


  • 112
  • Isnin, 23 Jan 2023

Mohd Iqbal Ibrahim memberitahu laporan polis diterima daripada kedua-dua wanita berkenaan. — Bernama

SEORANG jurulatih bola sepak yang terpalit kontroversi berikutan perkahwinan kedua baru-baru ini, sekali lagi menjadi sorotan media selepas kedua-dua isterinya didakwa terlibat dalam pergaduhan.

Difahamkan, isteri pertama dan madunya itu didakwa bergaduh di sebuah restoran di Shah Alam dipercayai kerana perselisihan faham.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim mengesahkan kejadian tersebut dan memberitahu laporan diterima daripada kedua-dua wanita berkenaan.

"Ya, pihak polis ada terima laporan polis daripada kedua-dua belah pihak isteri jurulatih bola sepak tersebut awal pagi tadi (Isnin)," katanya kepada Majoriti.

Pihak polis akan memberikan butiran lanjut berhubung kes tersebut dalam masa terdekat.

Sebelum ini, media melaporkan seorang bekas jurulatih Liga Super berusia lingkungan 60-an berkahwin kali kedua dengan wanita berusia 29 tahun. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram