Gedung Jakel Shah Alam terbakar 80 peratus, tiada kemalangan jiwa dilaporkan


  • 112
  • Ahad, 01 Jan 2023

Jakel cawangan Shah Alam hampir musnah dalam kejadian kebakaran pada Ahad.

SEBUAH gedung jual beli tekstil terkemuka Jakel cawangan Shah Alam di Seksyen 7, Selangor hampir musnah dalam kejadian kebakaran awal pagi Ahad.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Datuk Norazam Khamis berkata, kebakaran berkenaan telah memusnahkan bahagian dalam bangunan lot kedai tiga tingkat itu, namun tiada mangsa terlibat.

Norazam berkata, pihaknya terdahulu menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian berkenaan pada pukul 7.08 pagi Ahad.

"Susulan itu sepasukan pegawai dan anggota serta aset dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam, BBP Kota Anggerik, BBP Subang, BBP Kota Raja, BBP Damansara, BBP Sungai Pinang dan BBP Puchong digegaskan ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba di lokasi, didapati kebakaran membabitkan satu lot kedai tiga tingkat yang sedang terbakar 80 peratus. Api berjaya dikawal dalam tempoh satu jam,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Norazam berkata, pasukannya kini dalam proses melakukan pemadaman bara-bara api pada timbunan kain dan jelasnya punca kejadian masih dalam siasatan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram