[VIDEO] Sayunya hati, budak menangis di sisi mayat ibu berlumuran darah di Sabah


  • Tular
  • Jumaat, 16 Dis 2022

Kanak-kanak perempuan malang itu dijumpai orang kampung bersebelahan mayat ibunya dalam kejadian di Tawau, Sabah pada Khamis malam.

TULAR satu video memaparkan seorang kanak-kanak perempuan menangis berlumuran darah di sisi mayat seorang wanita dalam kejadian di Kampung Icebox, Tawau, Sabah pada Khamis malam.

Menurut sumber yang berkongsi video tersebut di aplikasi Telegram Info Semasa Official, difahamkan mayat wanita yang terbaring di tengah-tengah jalan itu merupakan ibu kepada kanak-kanak berkenaan.

"Jumpa budak kecil menangis di sebelah mayat ibunya. Kemungkinan kes bunuh. Kejadian di Sabah," tulisnya.

Dalam video berdurasi 24 saat itu memaparkan kanak-kanak malang itu menangis sambil melihat ibunya yang sudah tidak lagi bernyawa.

Kejadian itu berjaya dirakam orang ramai yang berada di lokasi kejadian.

Setakat berita ini ditulis, belum dapat dipastikan punca sebenar kejadian itu berlaku dan belum ada sebarang kenyataan daripada pihak berkuasa. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram