[VIDEO] Gaduh besar di Menara U2, ingatkan angkara pak guard, rupanya rider penghantar makanan jadi punca


  • Tular
  • Isnin, 12 Dis 2022

Tangkap layar menunjukkan rider menumbuk seorang pengawal sehingga menimbulkan kekecohan baru-baru ini.

KEJADIAN seorang rider penghantar makanan dipukul pengawal keselamatan pangsapuri menggunakan senjata cota baru-baru ini sebenarnya berpunca daripada lelaki tersebut yang bertindak menumbuk salah seorang daripada mereka.

Difahamkan, insiden pergaduhan di antara penghantar makanan dan pengawal keselamatan berkenaan berlaku di pangsapuri Menara U2, Seksyen 13, Shah Alam, Selangor.

Seorang lelaki, Shahrul Mohd berkongsikan kejadian sebenar itu di halaman Facebook GrabFood Rider Malaysia pada Ahad.

"Kejadian sebenar yang berlaku di Menara U2, rider makanan mula dulu. Dia tumbuk guard Nepal.

"Padan la rider kena pukul dengan cota," tulisnya.

Melalui rakaman berkenaan, kelihatan rider tersebut pada mulanya dilihat cuba bergaduh mulut dengan salah seorang daripada pengawal keselamatan berbaju merah sebelum dia melepaskan satu tumbukan.

Kejadian menjadi semakin tegang, apabila pengawal tersebut mengambil sebatang cota dan terus memukulnya di kepala.

Video berdurasi 41 saat itu pada mulanya tular di TikTok milik @mohdasri8779 namun sudah dipadamkan dan dimuat naik semua di platform sosial media yang lain.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memberikan pendapat yang berbeza.

Seorang pengguna Facebook, Mat Yon berasakan penghantar makanan itu berkemungkinan mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan hati sehingga pengawal itu hilang sabar.

"Rasanya rider ini yang trigger guard itu sampai guard tu cakap benda-benda yang buat rider ni naik tangan.

"Aku selalu bawa anak aku mandi kolam dekat atas itu sebab adik aku tinggal kat situ, so far ok saja guard itu especially yang pakai vest hijau kurus tu. Baju merah ini tak silap aku macam level atas sikit dari yg pakai vest kat situ," katanya.

Ahmad Farid pula menyokong tindakan pengawal keselamatan tersebut kerana mempertahankan diri mereka.

"Dah agak dah. Mustahil guard angkat tangan melainkan kau yang angkat tangan dulu," katanya.

Sementara itu, Apai Chiang berkata, pergaduhan di antara rider dan pengawal keselamatan itu sudah diselesaikan tanpa melibatkan pihak berkuasa.

"Patut settle cara baik, rupanya dia (rider) yang mulakan dulu. Dia 'goyang' la tu kena pergi balai," tulisnya sambil menunjukkan emoji ketawa.

Setakat berita ini ditulis, belum ada kenyataan media dikeluarkan pihak pengurusan pangsapuri berkenaan dan pihak berkuasa. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram