Lalamove sedia membantu usahawan PKS dengan tawaran penghantaran Jarak Jauh yang berbaloi


  • Bizz
  • Isnin, 12 Dis 2022

Penghantaran Jarak Jauh Lalamove memastikan pelanggan menerima barangan pada hari yang sama selepas pembelian. — Lalamove

KEPENTINGAN penghantaran barang yang pantas selepas membeli-belah dalam talian telah meningkat sejak kebelakangan ini, lebih-lebih lagi bagi memenuhi permintaan produk yang dihasilkan oleh perusahaan-perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Masa yang diambil untuk penghantaran, lebih-lebih lagi untuk penghantaran jarak jauh, adalah kriteria penting kepada usahawan untuk memilih servis penghantaran yang bersesuaian agar pelanggan dapat menerima barangan dengan selamat dan tepat pada masa yang ditetapkan.

Malah, kos penghantaran pada kadar berpatutan juga amat dititikberatkan oleh usahawan supaya pelanggan mereka tidak rasa terbeban dengan pecahan kos penghantaran dalam harga produk yang ditawarkan.

Peka dengan kehendak semasa, Lalamove menawarkan khidmat penghantaran antara negeri dengan kos mampu milik dari Lembah Klang, Melaka, Pulau Pinang atau Johor ke mana-mana lokasi sekitar Semenanjung Malaysia.

lala4

Lalamove menawarkan pelbagai faedah menarik kepada usahawan yang mendaftar dengan Akaun Perniagaan Lalamove. — Lalamove

Dikenali sebagai perkhidmatan penghantaran Jarak Jauh Lalamove, perkhidmatan ini memastikan pelanggan boleh menerima barangan pada hari yang sama selepas pembelian, tidak kira di mana mereka berada.

Bagi usahawan yang ingin meluaskan perniagaan mereka ke serata Malaysia, Lalamove adalah perkhidmatan penghantaran yang ideal dengan harga berpatutan.

Usahawan juga digalakkan untuk mendaftar Akaun Perniagaan Lalamove yang menawarkan pelbagai faedah yang dapat membantu operasi perniagaan mereka.

Dengan Akaun Perniagaan Lalamove, usahawan boleh membuat penghantaran sehingga ke 19 perhentian dalam satu perjalanan dengan pelbagai jenis kenderaan seperti 4x4 pikap, van mahupun lori.

Ini bukan sahaja dapat memudahkan operasi perniagaan, malah juga dapat menjimatkan kos kerana usahawan hanya perlu menugaskan seorang penghantar untuk menghantar beberapa pesanan sekali gus.

lala2

Pilihan untuk menjadualkan penghantaran juga tersedia dari seawal 30 minit hingga 30 hari ke hadapan. — Lalamove

Malah, Lalamove juga dapat menjimatkan kos operasi kerana usahawan tidak perlu mengeluarkan perbelanjaan untuk mengupah pemandu sendiri, membeli kenderaan penghantaran, dan menyelenggara kenderaan.

Beban kewangan ini boleh dipindahkan ke Lalamove yang beroperasi berdasarkan model ekonomi gig, di mana sesiapa saja boleh menjadi rakan penghantar Lalamove dengan kenderaan mereka untuk menjana pendapatan dengan setiap penghantaran yang dipenuhi.

Secara tidak langsung, ini menjadikan Lalamove pilihan yang efektif bagi para usahawan yang ingin mengurangkan kos operasi perniagaan mereka.

Antara faedah-faedah lain yang boleh dinikmati dengan Akaun Perniagaan Lalamove adalah integrasi pesanan e-dagang dengan sistem Lalamove serta sokongan API. Kemudahan-kemudahan ini membolehkan usahawan membuat pesanan secara automatik dengan Lalamove di laman web e-dagang mereka.

Usahawan juga boleh menerima sokongan penghantaran khas dengan pengurus akaun Lalamove. Lebih dari sekadar penghantaran hari sama, usahawan juga boleh memilih untuk menjadualkan penghantaran dari seawal 30 minit hingga 30 hari ke hadapan.

lala3

Perkhidmatan yang ditawarkan Lalamove tidak memerlukan kontrak kerana ia ditawarkan atas permintaan pelanggan. — Lalamove

Untuk masa yang terhad, Lalamove menawarkan potongan harga bagi perkhidmatan penghantaran Jarak Jauh dengan menggunakan kod kupon LALASTATE.

Dengan kod kupon ini, pengguna pertama kali Lalamove boleh menikmati diskaun penghantaran dengan 4x4 pikap, van dan lori sehingga 50%, manakala pelanggan sedia ada boleh menikmati diskaun sehingga 30% dengan jenis-jenis kenderaan yang sama. Potongan dengan kod kupon LALASTATE adalah terhad kepada RM100.

Kod kupon ini hanya sah sehingga 16 Januari 2023. Buat pesanan dari Lembah Klang, Johor, Melaka dan Pulau Pinang ke mana-mana lokasi di Semenanjung Malaysia sekarang untuk memastikan pelanggan anda menerima barangan mereka pada hari yang sama!

Untuk maklumat lanjut, layari laman web LALAMOVE.

Muat turun aplikasi Lalamove di App Store atau Google Play Store. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram