Muhyiddin tepis dakwaan PN terima duit judi biaya kempen PRU15


  • Primer
  • Selasa, 06 Dis 2022

Muhyiddin berkata, gabungan berkenaan memandang serius dakwaan yang dilemparkan Anwar.

PERIKATAN Nasional menafikan menerima dana daripada syarikat perjudian untuk menampung kos kempen semasa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Pengerusi Perikatan, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, dakwaan yang dibuat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah tuduhan yang serius.

"Kami tidak akan melakukan perkara yang menyalahi undang-undang dan tidak akan menerima walaupun satu sen derma daripada mana-mana syarikat perjudian," katanya semasa ceramah untuk pilihan raya parlimen Padang Serai di Taman Selasih di Kulim, Kedah pada Isnin.

Muhyiddin menambah, gabungan itu berikrar untuk tidak mengamalkan perkara sebegitu dan memandang serius dakwaan itu.

Pada Isnin, Anwar membayangkan sebahagian daripada dana Perikatan untuk PRU15 datang daripada syarikat perjudian yang terlibat dalam cabutan khas.

Sementara itu, PAS menggesa Anwar mengemukakan bukti berhubung dakwaan itu.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan kesal dengan dakwaan Anwar dan menyifatkan ia sebagai tidak sah. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram