Polis tahan 4 bookie, dalang judi Piala Dunia Qatar di Kepong


  • 112
  • Isnin, 28 Nov 2022

Antara komputer riba yang dirampas dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Bukit Maluri Kepong. — Bernama

EMPAT lelaki warga tempatan disyaki menjadi bookie pertaruhan judi Piala Dunia Qatar ditahan dalam Ops Soga di sebuah kediaman di Taman Bukit Maluri, Kepong, Selangor pada Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai dalam kenyataan berkata, hasil siasatan mendapati kegiatan itu berselindung di sebalik rumah kediaman dan dipercayai beroperasi sejak sebulan lepas.

Beliau berkata, polis turut merampas antaranya telefon bimbit, modem, tablet dan komputer riba dalam operasi pada pukul 10.15 malam itu.

Eng Lai berkata, kesemua suspek berusia antara 40 hingga 48 tahun itu, kini direman tiga hari hingga Selasa bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) (g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 kerana menguruskan aktiviti perjudian dalam talian serta Seksyen 6(3) dan Seksyen 6(1) Akta Pertaruhan 1953 kerana menjadi ejen perjudian bola sepak dan bermain judi dalam talian. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram