Pengguna LRT dapat pampasan, Prasarana lanjutkan tempoh sah laku pas — Wee Ka Siong


  • Primer
  • Jumaat, 11 Nov 2022

Wee Ka Siong (duduk dua kiri) bersama barisan pakar yang hadir ketika sidang media mengenai gangguan perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya yang tergendala akibat masalah sistem pemanduan automatik di Kompleks Rapid Rail Lembah Subang pada Jumaat. — Bernama

PRASARANA Malaysia Bhd (Prasarana) akan memberi pampasan kepada pengguna transit aliran ringan (LRT) yang terjejas akibat gangguan perkhidmatan dengan melanjutkan tempoh sah laku pas, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.

Beliau berkata, lanjutan tempoh sah laku pas itu seperti My50, iaitu pas tanpa had untuk pengguna perkhidmatan Rapid KL, akan bergantung kepada pihak pengurusan Prasarana.

"Kami melihat tidak adil jika seminggu tidak boleh guna (LRT) tetapi tetap membayar. Tempoh sah laku akan dilanjutkan, berapa lama bergantung kepada pengurusan Prasarana.

"Saya sudah mendapat kepastian daripada Prasarana, itu yang akan dilakukan," katanya dalam sidang media berhubung isu gangguan perkhidmatan LRT laluan Kelana Jaya, Petaling Jaya, Selangor pada Jumaat.

Prasarana mengumumkan 16 stesen LRT dari Kelana Jaya hingga Stesen Ampang Park digantung operasi selama tujuh hari bermula 9 November lepas ekoran gangguan sistem. — Bernama

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram