Banjir kilat Klang: 200 rumah terjejas


  • 112
  • Khamis, 10 Nov 2022

Seramai 30 mangsa dari lapan buah rumah dipindahkan ke PPS Sekolah Kebangsaan Johan Setia, Klang.

KIRA-KIRA 200 rumah di Kampung Kampung Johan Setia, Klang, Shah Alam, Selangor terjejas ekoran daripada banjir kilat pada Rabu.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, walaupun paras air mula surut, namun operasi pemindahan mangsa masih diteruskan dengan seramai 30 mangsa dari lapan buah rumah dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Johan Setia.

“Paras air di kawasan itu semakin surut sehingga paras lutut dan ketika ini hujan renyai-renyai,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu malam.

Katanya, paras air di beberapa tempat di kawasan berkenaan mencecah sehingga lebih dua kaki (0.6 meter).

Selain bomba, operasi itu turut melibatkan polis, bomba sukarela, Kementerian Kesihatan, Pejabat Daerah Klang dan Angkatan Pertahanan Awam. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram