REMAJA perempuan berusia 16 tahun dipercayai hilang selepas keluar dari rumahnya di Jalan PJU 10/13b, Saujana Damansara, Damansara Damai, Petaling Jaya, Selangor pada 6 November.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakrudin Abdul Hamid berkata, Ng Siew Ting keluar dari rumahnya pada pukul 7 pagi pada Rabu lepas.
"Ibu bapa mangsa membuat laporan polis pada hari yang sama pada pukul 7.50 malam selepas remaja berkenaan tidak pulang ke rumah.
"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan mangsa mohon tampil ke balai polis berhampiran atau berhubung terus dengan pegawai penyiasat jenayah, Inspektor Amir Hakimi Zakaria di talian 012-3783178 bagi membantu siasatan," katanya dalam satu kenyataan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram