POLIS menahan empat pelajar jurusan kejuruteraan awam selepas tular video memaparkan kesemua suspek memukul seorang lelaki di dalam bilik hostel baru-baru ini.
Kejadian itu berlaku di daerah Godavari, Andhra Pradesh, India.
Dalam video tersebut, kelihatan suspek memukul mangsa yang dikenali sebagai Ankit menggunakan sebatang kayu kayu berkali-kali walaupun pemuda tersebut merayu dan memohon maaf pada mereka.
Memetik laporan media antarabangsa NDTV, kesemua suspek dan mangsa merupakan pelajar jurusan kejuruteraan awam di Kolej Kejuruteraan SRKR.
Difahamkan, mangsa kini sedang menjalani rawatan di hospital ekoran daripada kecederaan melecur serius di dada dan tangannya ekoran ditekap menggunakan seterika.
Keempat-empast suspek disyaki menggunakan seterika panas dan sebatang kayu ketika memukul mangsa.
Namun begitu, tidak dapat dipastikan punca sebenar kejadian itu berlaku.
Pihak polis kini turut sedang menjalankan siasatan terhadap pengetua dan pengurusan kolej berkenaan. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram