Kota Tinggi dilanda banjir kilat


  • 112
  • Khamis, 03 Nov 2022

Kota Tinggi menjadi daerah terbaharu dilanda banjir kilat di Johor selepas Segamat.

KOTA Tinggi, Johor Bahru, Johor menjadi daerah terbaharu dilanda banjir kilat selepas Segamat, menjadikan jumlah mangsa banjir di Johor meningkat kepada 93 orang setakat pukul 8 pagi Selasa, berbanding 21 orang, petang Isnin.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD), sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Al-Barakah, Kota Tinggi yang menempatkan 72 mangsa daripada 18 keluarga, dibuka pada 10 malam Isnin.

"Ini menjadikan keseluruhan tiga PPS dibuka, termasuk dua PPS di Balai Raya Kampung Batu Badak dan Balai Raya Kampung Kuala Paya yang menempatkan 21 mangsa daripada enam keluarga di Segamat, sejak semalam (Rabu).

"Antara kawasan yang terjejas adalah Kampung Seberang Batu Badak, Kampung Batu 5 dan Kampung Kuala Paya di Segamat dan Kampung Sri Jaya serta Kampung Sri Delima di Kota Tinggi,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Sejak Isnin, limpahan air Sungai Muar menyebabkan beberapa rumah dinaiki air dengan paras air di lokasi terjejas mencecah paras lutut dan cuaca di seluruh negeri ketika ini dilaporkan cerah. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Kota Tinggi, Segamat, Banjir, Johor, JPBD