[VIDEO] Loji penapisan minyak terbakar, meletup di Kota Tinggi


  • 112
  • Khamis, 27 Okt 2022

Tangkap layar video letupan yang berlaku pada pukul 3.40 petang di salah satu paip penyambung yang terletak di PIC pada Khamis.

SEBUAH loji penapisan minyak PETRONAS di Kota Tinggi, Johor terbakar pada Khamis sehingga mengakibatkan letupan.

Dalam satu kenyataan, PETRONAS Refinery and Petrochemical Corporation Sdn Bhs (PRPC) berkata, letupan berlaku pada pukul 3.40 petang di salah satu paip penyambung yang terletak di Kompleks Bersepadu Pengerang (PIC).

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan tiada ancaman segera kepada masyarakat sekitar, maklum PRPC.

“Pasukan respons kecemasan PRPC digerakkan untuk membendung insiden itu dan semua pihak berkuasa yang berkaitan dimaklumkan.

“Api berjaya dipadamkan sepenuhnya pada pukul 4.50 petang,” katanya.

Letupan serupa pernah berlaku di kompleks itu pada 2019 dan 2020.

Pada April 2019, satu letupan dan kebakaran berlaku di unit penyahsulfurisasi atmosfera, yang melaporkan tiada kemalangan jiwa.

Satu lagi letupan berlaku di unit rawatan hidro diesel di Kompleks Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (Rapid), pada Mac 2020 yang mengakibatkan lima orang terkorban.

Ini menyebabkan kompleks yang memproses 300,000 tong minyak sehari itu ditutup selama dua tahun. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

PETRONAS, Pengerang, PRPC, kebakaran, paip