PENDUDUK di kawasan berpotensi banjir di Wilayah Persekutuan disaran untuk berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) dua hari lebih awal dari tarikh jangkaan berlaku banjir.
Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata, tindakan itu dilakukan agar dapat meminimumkan penggunaan aset terutamanya bot, dan kenderaan berat semasa proses perpindahan dijalankan.