Ibu, bayi 3 bulan maut nahas babit 2 kereta di Simpang Pulai


  • 112
  • Selasa, 11 Okt 2022

Keadaan kenderaan yang terlibat kemalangan hingga mengakibatkan dua maut.

SEORANG wanita dan bayinya maut selepas kereta yang mereka naiki merempuh sebuah lagi kereta di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highland, Pahang.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak, mangsa berusia 23 dan bayinya yang berusia tiga bulan meninggal dunia di tempat kejadian pada Selasa.

"Seorang lagi lelaki berusia 23 tahun, dari kereta yang sama, cedera parah. Wanita dan bayi itu disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan.

"Manakala seorang lagi pemandu kereta mengalami kecederaan ringan," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Jurucakap itu berkata, mayat mangsa telah ditarik keluar dari kereta yang remuk dan diserahkan kepada polis untuk tindakan seterusnya.

"Mereka yang cedera diberi rawatan di tempat kejadian," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram