Tak perlu berteka-teki, Muhyiddin minta PM umum tarikh PRU15


  • Politik
  • Sabtu, 08 Okt 2022

Muhyiddin meminta agar Ismail Sabri segera mengumumkan tarikh tepat bila pilihan raya.

SUSULAN desas-dusus mengenai Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU 15), Malaysia berdepan dengan masa depan yang tidak menentu, kata, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia itu meminta Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob segera memberikan tarikh tepat pilihan raya akan diadakan bagi mengelak berlaku kekeliruan.

“Sepatutnya Ismail Sabri menyatakan bila PRU 15 akan diadakan, sama ada dalam masa terdekat atau lambat,” katanya.

Muhyiddin, yang juga Pengerusi Perikatan Nasional, berkata demikian selepas merasmikan mesyuarat bahagian Bersatu Pagoh di Dewan Geliga di Gersik di Tangkak, Johor pada Sabtu.

Beliau berkata, gabungan Perikatan telah menyatakan bahawa PRU 15 tidak sepatutnya diadakan dalam masa terdekat kerana terdapat perkara yang perlu diutamakan.

Muhyiddin berkata, banjir besar melanda negara setiap tahun mengakibatkan kerosakan teruk pada rumah serta kehilangan nyawa yang tidak berdosa.

“Tambahan pula, beberapa negeri sudah pun mengumumkan bahawa mereka tidak akan membubarkan DUN masing-masing jika Parlimen dibubarkan tidak lama lagi. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memerlukan kira-kira RM2 bilion untuk mengadakan pilihan raya berasingan.

“Jika mereka boleh bersabar sedikit lagi, kita boleh menjimatkan RM1 bilion, yang boleh digunakan untuk membantu rakyat,” katanya sambil menambah PRU 15 boleh diadakan selepas banjir.

Tambah Muhyiddin, Ismail Sabri sepatutnya tidak mendengar cakap lima pemimpin teratas Umno, yang mahu PRU 15 diadakan tidak lama lagi.

Hal ini kerana, mereka bukan sebahagian daripada kerajaan.

"PRU15 tidak sepatutnya diadakan sebelum Mac tahun depan. Rakyat akan melihat bahawa Perdana Menteri memahami situasi mereka kerana ramai daripada mereka masih terkapai-kapai dengan kesan pandemik Covid-19," katanya. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram