Lori gagal berhenti walau dah tekan brek sondol 6 kenderaan di Gua Musang


  • 112
  • Khamis, 22 Sep 2022

Nahas membabitkan sebuah lori yang gagal berhenti hingga melanggar enam kenderaan lain di Gua Musang pada Khamis. — Sinar Harian

KEGAGALAN seorang pemandu lori memberhentikan kenderaannya telah melanggar enam kenderaan di Kilometer (KM) 8 Jalan Gua Musang-Kuala Krai, Gua Musang, Kelantan pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, kejadian berlaku pada pukul 3 petang.

“Lori tersebut dipandu oleh seorang lelaki berusia 31 tahun tahun.

“Siasatan lanjut mendapati kemalangan berlaku apabila lori yang dipandu lelaki itu gagal berhenti walaupun selepas ditekan brek kemudian melanggar enam kenderaan di hadapannya,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, akibat daripada kemalangan tersebut, dua mangsa mengalami kecederaan ringan di kepala dan tangan.

“Mangsa yang mengalami kecederaan menerima rawatan di Unit Kecemasan Hospital Gua Musang.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana memandu secara tidak cermat sehingga menyebabkan kemalangan.

“Siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Kemalangan, lori, Gua Musang, enam, kenderaan, Kelantan