
PIHAK berkuasa tidak akan mengambil tindakan terhadap penjaja haram yang berniaga di tepi jalan di Kuala Lumpur bagi membolehkan mereka memohon lesen secara sah.
Timbalan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, kementerian mahu semua peniaga tidak berlesen termasuk penjaja dan pengusaha trak makanan memohon lesen daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menjelang Disember.
"Mulai tahun depan, tiada kompromi akan diberikan terhadap peniaga haram di kawasan ini dan DBKL hanya akan mengeluarkan lesen kepada mereka yang layak sahaja.
"Ketika ini, kami masih berlembut dan memberi peluang kepada peniaga-peniaga kecil, tetapi ramai warga asing yang mengambil kesempatan itu," katanya.
Dia berkata demikian selepas mengedarkan surat tawaran yang berbentuk lesen perniagaan kekal secara sementara kepada 18 peniaga yang tidak mempunyai kelulusan sekitar Jalan Palong dekat Taman Miharja, Cheras di Pusat Rekreasi Cheras pada Selasa.
Tambahnya, lesen yang diberikan itu perlu diperbaharui setiap enam bulan.
"Peniaga yang berurusan di sini perlu mematuhi syarat ditetapkan sekiranya mereka mahu memperbaharui lesen itu," katanya.
Majlis penyerahan surat tawaran itu disaksikan pengerusi sementara Umno Cheras, Datuk Mahadi Abdul Shukor dan pengerusi MCA Cheras, Datuk Patrick Sim. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram