Mati tersepit Wira rempuh pembahagi jalan di PLUS dekat Ayer Hitam


  • 112
  • Selasa, 20 Sep 2022

Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit. — BBP Ayer Hitam

SEORANG lelaki maut selepas kereta dipandunya terbabas dan melanggar pembahagi jalan sebelum terbalik di Kilometer 86.6 Lebuhraya Utara-Selatan, arah utara dekat Ayer Hitam berhampiran Kluang, Johor pada Isnin.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Hitam, Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II Ramli Said berkata, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Negeri Johor menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 12.19 tengah malam.

Susulan itu katanya, seramai enam anggota dengan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dikejarkan ke tempat kejadian.

"Kemalangan melibatkan sebuah kereta Proton Wira. Mangsa yang merupakan seorang lelaki, R Karthig berusia 37 Tahun didapati tersepit di bahagian pemandu

"PGO Negeri Johor PKO bertindak menggunakan 'rescue cutter' bagi mengeluarkan mangsa. Mangsa telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan yang hadir," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Menurut beliau, mayat diserahkan kepada pihak polis. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Kemalangan, PLUS, lelaki, maut, bomba, pembahagi jalan