DUA kru diselamatkan apabila tongkang mereka karam akibat cuaca buruk di Pulau Kuraman, Labuan, Sabah pada Jumaat.
Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Labuan, Kapten Nudin Jusoh berkata, kejadian berlaku ketika tongkang dinaiki kedua-dua lelaki berusia 43 dan 57 tahun itu sedang mengangkut air mentah ke sebuah kapal.
Beliau berkata, ketika anggota APMM menghampiri lokasi kejadian, tekong bot kargo yang berusia 30 tahun dan dua krunya berusia 32 dan 39 tahun sedang menyelamatkan kru tongkang terbabit pukul 4 pagi.
"Anggota APMM kemudian menunda bot kargo bersama tekong dan kesemua kru berkenaan ke Jeti APMM dengan selamat,” katanya pada Sabtu. — Bernama
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram