Sembilan pertuduhan AMLA, rasuah ke atas Abdul Azeez kekal


Azeez tiba di pekarangan Mahkamah Rayuan pada Isnin bagi keputusan permohonan membatalkan 13 tuduhan menerima rasuah dan pengubahan wang haram dihadapinya. — Bernama

MAHKAMAH Rayuan Putrajaya pada Isnin menerima rayuan bekas Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim untuk membatalkan empat pertuduhan pengubahan wang haram (AMLA) yang dihadapinya.

Bagaimanapun, mahkamah mengekalkan sembilan pertuduhan lain iaitu membabitkan tiga kes rasuah dan enam AMLA.

Keputusan sebulat suara itu disampaikan tiga panel hakim yang dipengerusikan Datuk Seri Kamaludin Md Said.

Turut bersidang dalam prosiding terbabit ialah Datuk Abu Bakar Jais dan Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram