Polis kesan Saiful Bahari Abd Aziz


  • 112
  • Khamis, 01 Sep 2022

Polis meminta orang ramai untuk menyalurkan maklumat mengenai seorang lelaki yang dicari bagi membantu siasatan kes culik aktivis sosial.

IBU Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya sedang mengesan seorang lelaki dikenali sebagai Saiful Bahari Abd Aziz untuk menjadi saksi kes perbicaraan.

IPD itu dalam satu kenyataan memaklumkan, individu berkenaan merupakan saksi bagi kes melibatkan Seksyen 365 Kanun Keseksaan.

"Orang ramai yang mengenali individu ini diharap dapat memberikan kerjasama dengan menyalurkan maklumat dan masa sama memaklumkan kepada individu ini supaya segera tampil ke IPD Petaling Jaya," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan individu terbabit diminta berhubung dengan Pegawai Penyiasat, Asisten Superintenden Marzuqi Ibrahim di talian 013-2222566.

Sebelum ini pada Disember 2019, polis meminta orang ramai untuk menyalurkan maklumat mengenai seorang lelaki yang dicari bagi membantu siasatan kes culik aktivis sosial, Amri Che Mat pada November 2016.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman ketika itu, Datuk Huzir Mohamed berkata, lelaki yang dikenali sebagai Saiful Bahari Abdul Aziz, adalah saksi penting kes tersebut yang disiasat mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram