Sukarelawan bantu golongan gelandangan di Bagan Luar


  • Massa
  • Khamis, 01 Sep 2022

Kumpulan perkhidmatan The Ascott Limited mengedarkan pek makanan dan minuman di pelbagai tempat di Bagan Luar, Pulau Pinang.

SUKARELAWAN daripada kumpulan perkhidmatan The Ascott Limited mula mengorak melangkah ke depan untuk membantu golongan yang memerlukan di Butterworth, Pulau Pinang.

Kumpulan itu mula mengedarkan pek makanan dan minuman di pelbagai tempat di Bagan Luar, Pulau Pinang yang mana ramai golongan miskin dan gelandangan berkumpul.

Makanan dan minuman percuma itu membawa senyuman di wajah penerima dengan memenuhi matlamat kumpulan untuk mendekati golongan-golongan yang kurang bernasib baik.

Mereka meluangkan masa selama satu jam untuk mengedarkan barangan dan pasukan itu diketuai oleh Lee Boon Kae, pengurus Sky Residence Prai, sebuah hartanah yang diuruskan oleh The Ascott.

“Golongan yang kurang bernasib baik menderita akibat kenaikan kos sara hidup dalam masa yang sukar ini.

"Ini adalah tindakan muhibah kami untuk memberi kembali kepada masyarakat," kata Boon Kae selepas mengedarkan pek makanan di bawah jejambat Lingkaran Luar Butterworth, Pulau Pinang.

Beliau berkata kira-kira 100 peket makanan disediakan untuk program itu manakala 200 peket lagi diperuntukkan untuk rumah kebajikan.

Kumpulan itu merancang untuk menganjurkan lebih banyak program jangkauan dalam masa terdekat.

“Kami bermula awal tahun ini dan mengadakan program kami setiap bulan.

“Kira-kira RM1,000 dibelanjakan setiap kali kami mengagihkan makanan dan minuman tetapi kami bercadang untuk terus membantu mereka yang memerlukan selagi mampu,” jelasnya. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram