HARGA maksimum minyak sawit botol 5 kilogram (kg) diturunkan kepada RM33.50 berkuat kuasa 8 September hingga 7 Oktober.
Sementara itu, harga minyak masak botol 3kg diturunkan kepada RM21.10), 2kg (RM14.30) dan 1kg (RM7.50) berkuat kuasa bagi tempoh sama.
Pengumuman harga itu dibuat oleh Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, Tan Sri Annuar Musa pada Khamis.
Sebelum ini, harga siling jualan minyak masak botol 5 kg pada Ogos ditetapkan RM34.70.
Harga berkenaan hanya berkuat kuasa untuk Semenanjung Malaysia. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram