MAJLIS Perbandaran Kajang (MPKj) memberi peringatan kepada pemilik harta strata bahawa mana-mana struktur yang dibina di kawasan umum adalah dilarang sama sekali.
Yang Dipertua MPKj Najmuddin Jemain berkata, pihak majlis tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang melanggar peraturan.