Yoodo lancar kempen #BuildAMalaysian raikan kepelbagaian, pupuk rasa cinta terhadap negara


  • Bizz
  • Selasa, 23 Ogos 2022

Serlahkan kreativiti dan kepelbagaian anda sebagai rakyat Malaysia menerusi kempen #BuildAMalaysian.

BERSEMPENA sambutan bulan kemerdekaan dan Hari Malaysia tahun ini, Yoodo Malaysia dengan kerjasama Loka Made menjemput orang ramai tanpa mengira latar belakang untuk menyertai Kempen 'Build A Malaysian' (BAM).

Ketua Yoodo, Chow Tuck Mun berkata, kempen yang diadakan bermula 15 Ogos hingga 18 September itu diadakan bertujuan meraikan kepelbagaian dan keunikan rakyat negara ini.

"Perbezaan kita membentuk identiti kita dan kemudiannya identiti itulah yang membentuk setiap lapisan rakyat Malaysia.

"Kami gembira dengan pelancaran kempen ini yang meletakkan sasaran untuk meraikan tanah kelahiran setiap karakter unik yang bakal ditonjolkan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika majlis pelancaran kempen tersebut di The LINC, Kuala Lumpur pada Selasa.

Katanya, kempen yang dianjurkan menerusi platform media sosial Instagram itu memberi peluang kepada para peserta untuk menyerlahkan kreativiti dengan menghasilkan ikon unik berdasarkan keperibadian dan rupa peserta.

Selain itu, peserta juga perlu memasukkan hiasan bertemakan negara yang disediakan dalam bentuk pelekat dan templat istimewa Instagram.

WhatsApp Image 2022-08-23 at 2.45.06 PM

Peserta boleh mengunjungi laman sesawang untuk melihat contoh reka bentuk ikon disediakan.

Peserta juga dikehendaki meletakkan tanda pagar rasmi #BuildAMalaysian dalam hantaran tersebut bagi tujuan penyertaan selain membolehkan pihak penganjur menilai hasil dan reka bentuk masing-masing.

Hadiah utama menarik menanti peserta, di mana enam reka bentuk ikon dan hiasan terbaik bakal dipamerkan pada papan iklan gergasi sekitar pusat membeli belah, NU Sentral sepanjang tempoh kempen.

Selain itu, sebanyak 120 hadiah eksklusif, termasuk buku tulis, beg dan bertemakan 'Do it The Malaysian Way' turut disediakan bagi para peserta yang terpilih.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh layari laman sesawang http://www.yoodo.com.my/buildamalaysian. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram