Tawaran diskaun eksklusif pembelian online dengan Faber-Castell


  • Bizz
  • Isnin, 15 Ogos 2022

NIKMATI diskaun istimewa yang ditawarkan Faber-Castell sebagai pelanggan Majoriti.

FABER-Castell bukan jenama asing dalam kehidupan kita terutamanya ketika menempuh alam persekolahan.

Sebagai salah satu alatan tulis yang menjadi idaman murid dan pelajar di sekolah, Faber-Castell juga popular dalam industri pekerjaan yang mementingkan soal kualiti dan hasil yang baik sama ada dalam penggunaan pen, pensel warna dan peralatan lain.

Lihat saja bagaimana golongan profesional memilih alat tulis Faber-Castell untuk menurunkan tandatangan, melakar lukisan, melukis pelan dan sebagainya.

Atau jika anda merupakan ibu bapa yang mahu mengimbau kenangan silam waktu persekolahan, hadiahkan saja peralatan tulis Faber-Castell kepada anak-anak agar mereka lebih ceria untuk ke sekolah!

Jika anda merupakan pelanggan setia Majoriti, kini anda berpeluang untuk menikmati tawaran eksklusif diskaun sebanyak 20% apabila anda membeli produk di kedai atas talian Faber-Castell.

Anda boleh dapatkan warna pensel, warna poster, pen dan alat-alat tulis berkualiti tinggi dengan tawaran ini.

Ikuti langkah mudah berikut untuk menebus diskaun:

Langkah 1: Layari kedai atas talian di https://shop.faber-castell.com.my/.

Langkah 2: Anda boleh memilih produk-produk yang berminat dan tekan [Add to Cart] untuk tambah ke troli.

Langkah 3: Selepas tamat pemilihan, anda boleh tekan simbol troli di sudut kanan dan tekan [Cart].

Langkah 4: Teruskan pembelian dengan menekan [Check Out].

Langkah 5: Isikan maklumat pengiriman anda dan Tekan [Continue to Payment].

Langkah 6: Isikan kod promosi di ruang [Discount Code] dan tekan [Complete Payment] untuk pembayaran.

KOD PROMO: MAJORITI20

TEMPOH KEMPEN: 15 Ogos 2022 sehingga 14 September 2022

TERMA & SYARAT

1. Tawaran ini adalah sah 12.00am (GMT+8) pada 15 Ogos 2022, dan berakhir pada 11.59pm (GMT+8) pada 14 September 2022.

2. Tawaran ini hanya sah untuk pembelian atas talian di laman web https://shop.faber-castell.com.my/.

3. Tawaran ini hanya dapat digunakan pada produk berharga biasa dan tidak boleh ditebus dengan promosi dan diskaun lain-lain.

4. Tawaran ini tidak termasuk kos penghantaran.

5. Semua pelanggan hanya dapat mengguna tawaran ini sekali sahaja.

6. Tawaran ini tidak boleh ditukar kepada wang tunai atau tawaran yang lain.

7. Faber-Castell mempunyai hak dan budi bicara secara mutlak untuk meminda, membatalkan atau menambah mana-mana terma dan syarat ini tanpa perlu memberi notis terlebih dahulu melalui mana-mana medium komunikasi dan sebarang pindaan, pembatalan atau penambahan akan berkuatkuasa, dibaca dan ditafsirkan serta telah dimasukkan dan menjadi sebahagian daripada Terma dan Syarat ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram