EPISOD duka di Taman Sri Muda yang dilanda banjir teruk pada tahun lalu pasti masih lagi menghantui para penduduk setempat teruatama apabila musim tengkujuh bakal tiba.
Bagi mengelakkan tragedi berulang, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sudah bersiap siaga untuk menghadapi sebarang kemungkinan dan sedang dalam keadaan bersedia.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, sepasukan anggota dari Shah Alam telah dihantar ke kawasan tersebut pada Sabtu.
"Seramai tujuh anggota bomba berada di tempat kejadian. Pada masa sama, dua bot sedang digerakkan di situ bersama enam lagi anggota bomba," katanya.
Beliau menambah bahawa pengawasan semasa menunjukkan air telah meningkat sehingga sekitar satu kaki dalam.
Sementara itu, polis Shah Alam dalam mesej WhatsApp kepada media berkata terdapat beberapa air bertakung di hadapan Dewan Kemuning Utama.
Bagaimanapun kenderaan masih boleh melalui jalan di kawasan itu dan punca air naik adalah disebabkan longkang yang tersekat, dan bukannya akibat banjir. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram