
DUA orang lelaki kelihatan terlibat dalam satu pergaduhan tidak diketahui puncanya dipercayai berlaku di Lahad Datu, Sabah pada Rabu.
Menerusi perkongsian video oleh @nanmanjoi8715 di laman sosial Twitter miliknya, kelihatan seorang lelaki berpakaian berwarna ungu melakukan provokasi terhadap individu yang memakai baju berwarna putih.
Berdasarkan video berdurasi 51 saat itu, selepas melakukan provokasi lelaki berpakaian warna ungu itu bertindak memukul individu yang memakai baju berwarna putih di hadapannya.
Tidak terhenti di situ, individu yang dipukul tersebut membalas pukulan lelaki itu seakan-akan seorang atlet peninju sehingga menyebabkan suspek terjatuh.
Menerusi tinjauan komen di Twitter, rata-rata orang ramai memberi pelbagai reaksi tentang kejadian yang berlaku dan ada juga menyokong tindakan lelaki berbaju putih membalas pukulan individu yang melakukan provokasi tersebut.
"Bagus apa yang lelaki baju putih itu buat, dia datang nak bakar-bakar orang sekali kena hayun dekat kepala terdiam terus," kata @Mhhdfateh95.
"Apa kes ini? Tapi puas tengok mamat baju ungu itu kena pukul, ingatkan hebat sangat nak provoke orang," ujar @Wanhanafiafi.
"Tergelak bila tengok video ini, dia yang datang cari pasal dengan orang, sekali brother baju putih itu datang semangat Mat Kilau terus tersungkur cium tanah," jelas @Muradazaman.
Belum ada sebarang kenyataan rasmi daripada pihak berkuasa berhubung insiden itu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram