Dijumpai tertiarap, budak 6 tahun rentung dalam bilik di Kinabatangan


  • 112
  • Isnin, 15 Ogos 2022

Sebaik api berjaya dikawal pada jam 2.04 pagi, pemeriksaan bomba menemui seorang kanak-kanak rentung di bilik. — JBPM Sabah

SEORANG kanak-kanak lelaki maut manakala lima lagi ahli keluarganya cedera berikutan kebakaran di daerah Kinabatangan, Sabah pada Isnin.

Allahyarham merupakan seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun dikenali sebagai Mohd Adlinsyah Mohd Adsni.

Memetik laporan Sinar Harian, mayat budak lelaki itu ditemui rentung di dalam bilik dengan keadaan tertiarap

Isteri kepada Mohd Adsni iaitu Alina Sahari, 41, serta anak saudaranya, Mohd Ishak Hafsham, 15, pula masing-masing melecur lima peratus manakala ibunya, Minah Kanawi, 77, dan seorang lagi anak mereka Mohd Mikail, 3, tidak cedera.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Misran Bisara berkata, dua lagi mangsa iaitu seorang wanita berusia 77 tahun dan seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun selamat tanpa sebarang kecederaan.

“Kami menerima panggilan mengenai kebakaran di Kampung Perpaduan Jalan Kinabatangan pada 12.40 pagi.

“Pasukan kami dihantar untuk bertindak. Rumah itu sudah rumah terbakar sepenuhnya apabila anggota bomba tiba di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Misran, kebakaran berjaya dikawal pada 2.04 pagi manakala operasi ditamatkan pada 3.56 pagi.

Beliau berkata, mangsa yang cedera diberi rawatan awal sebelum dibawa ke hospital.

Punca kebakaran masih dalam siasatan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram