Dua maut nahas Myvi-treler di LPT1


  • 112
  • Khamis, 28 Jul 2022

Keadaan kereta dinaiki mangsa selepas terbabit kemalangan dengan sebuah treler di Kilometer 126, LPT1 di Temerloh pada awal pagi Khamis. — Ihsan JBPM

DUA termasuk seorang wanita maut selepas kereta dinaiki terbabit kemalangan dengan sebuah treler di Kilometer 126 Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) di Temerloh, Pahang pada awal pagi Khamis.

Mangsa yang maut dipercayai pemandu dan penumpang kereta jenis Perodua Myyi dikenali sebagai Tan Wee Li, 39, dan Nur Susilawati Che Deraman, 35.

Pemandu dan penumpang treler dilapor selamat.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian puku 2.47 pagi.

Menurutnya, susulan maklumat itu, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Temerloh ke lokasi untuk bantuan kecemasan.

"Ketika tiba di lokasi mendapati kemalangan berlaku melibatkan sebuah treler dan kereta.

1852537

Anggota bomba membantu mengeluarkan mayat mangsa — Ihsan JBPM

"Dalam kemalangan itu pemandu dan penumpang tersepit dan meninggal dunia," katanya.

Zulfadli berkata, anggota bomba membantu mengeluarkan mayat mangsa dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. — Sinar Harian

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

kemalangan Myvi treler, LPT1, Temerloh, bomba,