Blackout: TNB mohon maaf


  • Massa
  • Rabu, 27 Jul 2022

Kejadian gangguan elektrik di Menara Berkembar Petronas (KLCC) pada Rabu. — Twitter/ @mwnkenobi

BEBERAPA kawasan di Semenanjung Malaysia sedang mengalami gangguan elektrik sejak pukul 12:39 tengah hari Rabu.

Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam kenyataannya menjelaskan, gangguan tersebut melibatkan 2.2 gigawatt (GW) yang merupakan 10 peratus daripada keseluruhan permintaan bekalan.

Antara kawasan-kawasan terlibat adalah di Selangor membabitkan Petaling Jaya, Cheras, dan Bangi; manakala di Pulau Pinang membabitkan Bayan Lepas, dan Seberang Jaya; Johor (Panchor); serta Pahang (Bandar Indera Mahkota).

"Bagaimanapun, bekalan telah dipulihkan sepenuhnya dalam tempoh 20 hingga 40 minit di semua kawasan terlibat kecuali di kawasan-kawasan terbabit di Lembah Klang," katanya.

TNB berkata, punca kejadian sedang dikenal pasti dan usaha sedang giat dijalankan untuk memulihkan bekalan.

"TNB akan memaklumkan kepada pelanggan dari masa ke semasa.

"Kami memohon maaf atas segala kesulitan yang dialami oleh pengguna semasa gangguan bekalan ini," katanya.

Terdahulu, beberapa negeri di Semenanjung melibatkan kawasan tertentu dilaporkan mengalami gangguan bekalan elektrik.

Selain Lembah Klang, Selangor, gangguan berlaku di Bangsar, Cheras, Shah Alam dan beberapa tempat lain.

Sementara itu, beberapa negeri lain yang turut terkesan termasuk Pulau Pinang, Perak, Kedah, dan Pahang. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram