SEORANG wanita yang menunggang motosikal meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan melibatkan 29 buah kenderaan termasuk sejumlah 21 basikal.
Kemalangan itu dipercayai berlaku selepas sebuah treler membawa muatan besi terbalik sebelum menghempap sebuah kereta dan motosikal pada Khamis pagi.
Menerusi video tular yang dimuat naik di aplikasi Telegram Info-info Semasa, Kemalangan Jenayah di Pahang dan Luar Pahang menunjukkan timbunan selinder besi bergelimpangan di atas jalan raya dengan sebahagiannya menghempap sebuah kereta jenis Perodua Myvi dan penunggang motosikal serta anaknya.
Rakaman berdurasi 27 saat itu menunjukkan orang awam kelihatan cuba membantu mangsa yang dihempap timbunan besi itu.
Video tular menunjukkan kemalangan yang berlaku di Kampung Dalam Kemunting, Pasir Puteh, Kelantan.
Melalui cacatan awal yang dikongsikan orang awam melalui aplikasi tersebut, kejadian berlaku kira-kira pukul 9 pagi itu dipercayai berlaku di simpang empat berhampiran lampu isyarat Kampung Dalam Kemunting, Pasir Puteh, Kelantan.
Turut tular beberapa keping gambar mangsa penunggang basikal yang tercedera di tepi jalan dan mangsa yang dihempap timbunan besi.
Dalam video berasingan yang dikongsikan pengguna Facebook Rizuan Ali di bahagian komen laman sosial media Info Pasir Puteh menunjukkan treler tersebut meluncur laju sebelum merempuh beberapa kenderaan dari belakang.
Rakaman menunjukkan treler membawa muatan besi meluncur laju sebelum merempuh beberapa kenderaan. — Facebook.
Dalam pada itu, pihak Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh memaklumkan terdapat lima mangsa dengan seorang wanita meninggal dunia dalam nahas itu.
Seorang kanak-kanak pula mengalami kecederaan parah manakala tiga lagi mangsa cedera ringan. — Majoriti
Seorang kanak-kanak pula mengalami kecederaan parah apabila kakinya terputus, manakala tiga lagi mangsa cedera ringan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram