MAYAT seorang wanita ditemui tersangkut pada sangkar ikan milik penduduk, dekat Kampung Raja Songsang, Temerloh, Pahang pada Isnin.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria memberitahu, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Temerloh menerima panggilan kecemasan berhubung penemuan mayat terbabit pada pukul 8.01 malam.
Menurutnya, lima anggota bersama dua jentera bergegas ke tempat kejadian.
"Sampai di lokasi didapati terdapat mayat mangsa tersangkut di sangkar ikan penduduk kampung.
"Anggota bomba kemudiannya bertindak menarik mayat itu dengan menggunakan tali sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Tiada maklumat lanjut berhubung identiti mayat dan punca kematian. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram