Dua maut tercampak keluar kereta dekat stadium JDT


  • 112
  • Selasa, 12 Jul 2022

Anggota bomba membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit di bawah kenderaan. — Sinar Harian

SEORANG lelaki dan remaja perempuan maut selepas kereta dinaiki hilang kawalan dan terbabas berhampiran Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor pada Isnin.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Iskandar Puteri, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Mohd Khairi Zainuddin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan kejadian pada pukul 12.23 tengah malam.

Menurutnya, lapan anggota bomba diketuai Pegawai Bomba Kanan II Ishak Noh dengan sebuah jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Setiba di lokasi, anggota bomba mendapati kedua-dua mangsa iaitu Lee Kah Lok, 19, dan Ng Kui Yang, 15, tercampak keluar dari kereta jenis Honda Civic EJ.

1834477

Seorang lelaki dan remaja perempuan maut selepas kereta dinaiki hilang kawalan dan terbabas berhampiran Stadium Sultan Ibrahim, Johor pada Isnin.

"Remaja perempuan itu ditemukan bersebelahan kereta manakala mangsa lelaki yang merupakan pemandu didapati tersepit di bawah kenderaan.

"Siasatan awal mendapati ketika kejadian mangsa dalam perjalanan dari laluan arah Gelang Patah ke Skudai," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Katanya, kereta berkenaan dipercayai berpusing dan masuk ke laluan bertentangan namun kemalangan tersebut tidak membabitkan kenderaan lain.

Kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan yang hadir di lokasi. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Bomba, Stadium, JDT, Kemalangan, Tercampak