SEORANG lelaki warga Indonesia ditahan kerana dipercayai cuba melarikan beg pakaian di dalam sebuah kereta di hadapan sebuah bank di Jalan Genuang, Segamat, Johor pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Bahrin Mohd Noh berkata, suspek merupakan warga Indonesia berusia 45 tahun dan penyelia tetap itu ditahan pengadu bersama abang iparnya serta tiga pegawai polis.
“Ketika pengadu meletakkan keretanya, pengadu telah meninggalkan anak dan beg galasnya di dalam kereta tanpa kunci pintu.
“Ketika pulang ke kereta, pengadu dan abang iparnya disyaki cuba membuka pintu kereta dan melarikan beg berkenaan.
"Pengadu dan abang iparnya menahan suspek. Anggota polis Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Segamat bersama dua lagi anggota Balai Polis Segamat melihat kejadian itu dan membantu melakukan penahanan suspek," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Menurutnya, suspek mempunyai enam rekod jenayah dan tujuh rekod berkaitan dadah.
“Suspek ditahan selama empat hari bermula Selasa. Siasatan masih diteruskan bagi mengenal pasti penglibatannya.
“Orang ramai sentiasa diingatkan supaya sentiasa menjaga harta sendiri dan jangan sesekali memberi ruang kepada penjenayah mengambil peluang,” katanya.
Sebelum itu, mesej disiarkan di Facebook menjelaskan laporan polis dan beberapa keping gambar lokasi kejadian dan suspek ditahan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram