Brek tak makan punca lori sondol lebih 10 kenderaan di Tambak Johor


  • Tular
  • Khamis, 07 Jul 2022

Lori berkenaan dilihat cuba menekan brek tetapi tidak berjaya sebelum merempuh beberapa kenderaan. — Facebook

SEBUAH lori hilang kawalan merempuh 11 kenderaan yang sedang menggunakan jalan raya dipercayai akibat brek gagal berfungsi berlaku di Tambak Johor–Singapura pada Khamis.

Menerusi perkongsian Bob Jov di Facebook, lori berkenaan dilihat cuba berhenti tetapi tidak berjaya sebelum merempuh beberapa kenderaan yang berada di hadapannya.

Berdasarkan video berdurasi 27 saat itu, kesan daripada pelanggaran tersebut menyebabkan banyak kenderaaan mengalami kerosakan teruk di bahagian belakang dan hadapan kereta.

Susulan perkongsian itu, video tersebut mendapat pelbagai reaksi orang ramai di ruangan komen yang mempertikaikan tindakan pemandu lori yang tidak melanggar penghadang jalan raya yang lebih efektif untuk memberhentikan kenderaan.

Kesan daripada pelanggaran tersebut menyebabkan banyak kenderaaan mengalami kerosakan teruk di bahagian belakang dan hadapan kereta. Facebook

"Wahai pemandu lori, awak tak tahu ke pembahagi jalan raya itu lebih kuat daripada melanggar kenderaan di hadapan itu? Jika melihat dari video ini macam ada masalah brek," kata Wai Lup.

"Ini pasti sebab masalah brek, sebab dapat tengok lampu brek dia menyala tetapi lori itu tetap berjalan, kalau dalam keadaan macam ini dia sepatutnya tutup sahaja enjin," jelas Abhi Yay.

"Masalah brek? Kenapa tak langgar penghadang tengah jalan itu, gunakan barrier untuk hentikan lori, bukan sondol semua kenderaan lain untuk berhentikan kenderaan," ujar Ariif AK.

"Pemandu lori itu jadikan kereta-kereta sebagai barrier, apa dia kisah janji dia selamat, kalau pemandu kereta mati macam mana?," soal Arief Ahmad.

Tiada kenyataan rasmi dikeluarkan pihak berwajib berhubung kejadian itu dan Majoriti kini cuba mendapatkan maklumat lanjut kes tersebut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Lori, Langgar, Johor, Singapura, Kenderaan