KETIBAAN lebih ramai tetamu dari Korea Selatan memastikan sektor pelancongan Sabah mendapat peluang yang amat diperlukan, berikutan kemerosotan akibat pandemik Covid-19.
Ini selepas penyambungan semula penerbangan terus dari Seoul ke Kota Kinabalu, Sabah oleh Air Busan, syarikat penerbangan tambang rendah kedua yang berpangkalan di Korea Selatan untuk meneruskan penerbangan terus dari ibu negara Korea Selatan selepas pandemik, yang kedua selepas Jin Air pada 26 Mei.