Malaysia sumbang 500,000 dos vaksin Covid-19 kepada Laos


  • Primer
  • Rabu, 22 Jun 2022

Sumbangan pertama Malaysia sebanyak 283,400 dos vaksin AstraZeneca tiba di Laos Disember tahun lepas. — Gambar Hiasan/AP

KONSAINAN kedua 500,000 dos vaksin Covid-19 Sinopharm sumbangan kerajaan Malaysia tiba di ibu negara Laos, Vientiane, lapor Xinhua, memetik Vientiane Times pada Rabu.

Sumbangan pertama Malaysia sebanyak 283,400 dos vaksin AstraZeneca tiba di Laos Disember lalu.

Menurut laporan akhbar harian Lao, pemberian itu sebahagian daripada sumbangan Malaysia kepada usaha global untuk menamatkan pandemik dan menyokong matlamat Laos memberi vaksin sekurang-kurangnya 80 peratus daripada populasi dewasa menjelang akhir tahun ini.

Kumpulan vaksin terbaharu yang didermakan itu akan diberikan kepada semua peringkat umur dan mereka yang mempunyai masalah kesihatan, di bawah Pelan Pengerahan dan Vaksinasi Kebangsaan.

Vaksin yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Wattay pada Isnin diserahkan kepada Kementerian Kesihatan Laos.

Pihak berkuasa kesihatan Laos sedang mempercepatkan program vaksinasi untuk menamatkan wabak Covid-19. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram