HARGA siling minyak minyak masak tulen bagi pek kemasan botol 2, 3 dan 5 kilogram (kg) dimansuhkan dan tidak diteruskan mulai 1 Julai ini.
Bagaimanapun Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, harga siling minyak masak tulen bagi pek polibeg 1kg kekal pada harga RM2.50.
"Subsidi bagi pek 2kg, 3kg dan 5kg ini sebenarnya diperkenalkan secara sementara pada Ogos tahun lalu selama tiga bulan tetapi ia dilanjutkan sehingga kini," katanya dalam kenyataan selepas Sesi Libat Urus Mengenai Isu Harga dan Bekalan bersama pemain-pemain industri, persatuan pengguna, ahli akademik, ahli ekonomi dan ketua-ketua pengarang media.
Menurutnya, harga bagi minyak masak terbabit dijangka meningkat pada 1 Julai depan.
Pada 27 Julai 2021, harga maksimum minyak masak sawit tulen dalam kemasan botol 5kg ditetapkan pada harga RM29.70 berkuat kuasa 1 Ogos 2021.
KPDNHEP memaklumkan, turut disenaraikan pada harga maksimum ialah minyak masak di dalam botol bersaiz 1kg (RM6.70), 2kg (RM12.70) dan 3kg (RM18.70). — Majoriti
Menyusul...
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram