Penduduk Balik Pulau harap pemeriksaan kesihatan percuma diteruskan


  • Massa
  • Sabtu, 18 Jun 2022

Program itu disambut baik oleh nelayan dan penduduk di kawasan berkenaan.

PROGRAM pemeriksaan kesihatan percuma di Balik Pulau, Pulau Pinang mendapat sambutan baik daripada nelayan dan penduduk di kawasan berkenaan.

Program yang diadakan oleh Pusat Perkhidmatan Setempat Nelayan (PPSN) itu memberi peluang kepada penduduk sekitar mendapat pemeriksaan kesihatan percuma termasuk ujian glukosa darah, komposisi badan dan tekanan darah.

Saaroni Hassan yang bekerja sebagai nelayan dari kawasan Permatang Damar Laut itu memuji program berkenaan dan berharap ia dianjurkan setiap tahun.

“Adalah bagus untuk menyertai program ini kerana saya melakukan pemeriksaan tahunan untuk pengesanan awal sebarang penyakit,” kata lelaki berusia 72 tahun itu.

Penduduk Sungai Batu, Sarina Jaafar, 56, berkata, program itu memberi manfaat kepada penduduk setempat.

“Saringan percuma itu memang datang tepat pada masanya kerana saya tidak menjalani sebarang saringan kesihatan selama dua tahun kerana Covid-19," katanya.

Dia berkata, ia akan mewujudkan kesedaran dalam kalangan penduduk supaya lebih menjaga kesihatan mereka.

SRS Consortium iaitu rakan kongsi projek Penambakan Selatan Pulau Pinang (PSR), berkata, pasukan PPSN juga mengadakan beberapa sesi melibatkan nelayan dan penduduk untuk mendapatkan perspektif mereka mengenai projek PSR.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Infrastruktur Pulau Pinang, Datuk Seri Farizan Darus, setakat ini sehingga lebih 45,000 orang terlibat dalam projek itu.

“Pendekatan proaktif itu selaras dengan wawasan Pulau Pinang 2030 yang mengutamakan kepentingan rakyat dalam projek pembangunan negeri,” tambahnya. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram