BAGI sesiapa yang meminati aktiviti pendakian pasti ada memasang niat untuk mendaki gunung tertinggi Malaysia, Gunung Kinabalu yang mempunyai ketinggian mencecah 4,095 meter dari aras laut.
Apabila mendaki dengan barang yang banyak pasti menyusahkan pergerakan seorang pendaki dan untuk mengatasi masalah itu, maka wujudlah perkhidmatan 'porter' atau individu yang mengambil upah mengangkut barangan sapanjang tempoh pendakian Gunung Kinabalu.
Tapi pasti ramai yang tidak tahu upah yang diperoleh seorang porter di gunung tersebut.
Pengguna TikTok @jyvmius97_aolm tidak segan untuk berkongsi kehidupannya sepanjang menawarkan khidmat membawa barangan pendaki.
Rakaman video dari @jyvmius97_aolm yang berkongsi kehidupannya sebagai seorang porter.
Menurutnya dia sering membawa barangan pendaki dari mula pendakian hingga ke kem Panalaban (Laban Rata) yang mana menelan masa selama hampir lima jam perjalanan untuk naik dan tiga jam turun ke bawah.
Lebih menarik perhatian warganet, pemuda itu hanya mengambil upah sebanyak sebanyak RM5 untuk setiap 1 kilogram berat beban muatan.
"Upah kami kami angkat barang ini 1 kilogram RM5. Apa-apapun tetap semangat dan itulah tetap berjuang untuk meneruskan kehidupan," katanya.
Mengetahui upah yang ditawarkan pemuda itu sangat murah, warganet berharap agar ‘porter’ yang berkhidmat di Gunung Kinabalu menaikkan harga kadar upah kerana mengangkat barang yang berat ketika mendaki gunung adalah pekerjaan yang susah.
"Jangan RM5. Tolong naikkan sikit harga. Bukan senang tugas ini saudara," kata K_Maisara.
"Saya harap ada yang bermurah hati bagi lebih atau naikkan harga. RM5 sikit sangat. Patut RM10/15/20 sekilo. Kekalkan semangat," balas pengguna TikTok," ais_hawani.
Dalam pada itu, sumber mengatakan berdasarkan pengalamannya mendaki gunung Kinabalu porter yang membantunya mengambil upah RM13 untuk satu kilogram berat muatan.
"Saya mendaki pada awal tahun lalu, porter ambil upah RM13. Mungkin ada perbezaan harga bagi setiap barang. Kerana porter yang angkat beg pendaki mengambil upah RM13 ke RM15 untuk perjalanan ke Laban Rata," jelasnya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram