"SELAMAT berjaya Malaysia".
Itu yang dimuat naik pelakon Korea Selatan, Heo Sung-tae di ruangan Instagram Story, pada Jumaat (17 Jun).
Sung-tae yang popular sebagai Jang Deok-su dalam siri popular Squid Game, memuat naik ucapan itu berserta tangkap layar ciapan seorang individu di Twitter yang meletakkan wajahnya sebagai perbandingan watak dalam siri paling popular 2021 itu, dengan wajah ketua jurulatih pasukan bola sepak kebangsaan, Kim Pan-gon.
Tidak dapat dipastikan siapa yang memuat naik ciapan berkenaan di Twitter sehingga menarik perhatian Sung-tae.
Tangkap layar IG Story Sung-tae. — Instagram
Sejak Pan-gon mengambil alih pasukan negara awal tahun ini, ramai peminat menyamakan wajahnya yang saling tidak tumpah dengan wajah dan imej Sung-tae semasa dia membawakan watak Deok-su.
Pan-gon berjaya membimbing skuad kebangsaan ke Piala Asia buat kali pertama dalam tempoh 43 tahun, selepas menewaskan Bangladesh 4-1 dalam perlawanan pada Selasa (14 Jun).
Mengikut jadual, Piala Asia 2023 akan berlangsung tahun hadapan. — Awani
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram